Thursday, November 26, 2015

Sentap...

           Jiwa ini hilang sudah lama...adakah kerana aku lama tidak mengisinya dengan kasih sayang...cinta...aku membiarkan perasaan duka dan lara yang mengambil alih jiwa aku...
           Hilang dan dia terus lenyap tanpa aku sempat menyentapnya dengan cara aku...lembut dan gemalai...cara aku yang lembap dan lemah yang sukar untuk sesiapa pun menyedarinya dan memahaminya..
          Dan akhirnya aku terus tunduk ke bawah...sukar untuk aku mendongak...menghela nafas dengan perlahan...sesak ...aku tidak mengharapkan mereka memahami aku cukuplah mereka menerimanya...niat dan keazaman aku...hanya untuk mereka...kerana mereka sebahagian dari aku...
dan aku masih `sekelumit` mereka...
          Biarlah setandan pisang itu, ada satu..dua yang busuk dan cacat itu ...walaupun tidak berguna..ia tidak tetap tidak boleh juga dibuang...kerana mungkin akan memberi kesan pada yang lain...seperti gelas yang cantik tetapi sumbing...nak dibuang sayang...disimpan ia tidak memberi makna ...bagaimanakah nasibnya...kalau diguna katanya tidak elok takut serpihannya memudaratkan...
          Akhirnya...bagaimana agaknya nasib si dia...yang masih tergapai-gapai mengharapkan sesuatu..yang makin hilang dihadapan mata...  

No comments:

Post a Comment