Saturday, September 29, 2012

Sesuatu yang pasti...

      Ketika bingkisan ini dicoretkan..mereka telah pun kembali ke Rahmatullah..kehilangan mereka sehingga kini masih terasa..
      Sewaktu umat islam masih lagi meraikan syawal dengan gembiranya,kami sekeluarga kehilangan dua org makcik..adik ipar dan adik kepada ayahku..walaupun induk Caa..panggilan kepada adik ayah tidaklah serapat aku dengan makcik namun terasa jua..ialah darah daging ayahku..aku berkesempatan memandikan jenazah..ibadahku kepada induk Caa..Al-fatihah untuknya.
     Kenangan aku dengan Induk Caa tidaklah sebanyak mana jika dibandingkan dengan makcik..
Ketika mendapat perkhabaran makcikku dimasukkan ke hospital,kegusaranku tidaklah keterlaluan namun suara pakcik yang sayu kedengaran membuatkan aku ketika itu mahu terbang melihatkan keadaan makcik disana..Sesayu dan tidak ku sangka keadaannya sebegitu rupa yang aku tidak boleh ungkapkan oleh kata-kata..sehinggakan pakcik bertanya.."macammana anyah..anyah tengok makcik"..aku diam dan buntu memikirkan jawapan apa yang harus aku berikan..Kisah itu berlalu begitu sahaja...
      Aku menjadi sebahagian keluarga makcik ketika aku berkerja di Klia..kami rapat kerana mereka menerima aku seadanya..makcik,pakcik,Ira,angah Rahim dan yang bongsu Anor..malahan ira ,seusia denganku menyebabkan kami lebih 'in'..makcik umpama ibu manakala pakcik penganti ayah..aku akui aku tidak rapat dengan ayah sebagaimana pakcik..maaf ayah..it's true..mungkin pendekatan mereka yang sangat-sangat memberikan kasih sayang yang melimpah ruah menyebabkan aku jatuh kasih dengan mereka..lagipun aku amat menjaga perlakukanku..almaklumlah aku memang baik.
      Aku pernah juga mengikut hati 'muda'ku..nak-nak ada kekasih ketika itu..(puiing!)..dia telah pun menjadi suamiku..aku pulang lewat ke rumah dan mereka sanggup menunggu aku..hanya jelingan yang menjadi amaran..pakcik tidak menegurku sehingga 2 hari..padan mukaku..aku serik untuk keluar malam lagi..hikmahnya..aku terhindar dari gejala kemaksiatan sehinggalah aku berumahtangga.
       Makcik penganti ibuku..nampak jer muka.."anyah..ko dah makan?"..(daripada angah menjadi anyah...oppsss..tp bukan mak nyah yae..auwww..)..sehinggalah aku makan barulah lega hatinya..aku pasti mengosongkan perutku hanya untuk menjaga hatinya..baik kan aku..
        Aku ingat lagi,ketika berkerja shif malam,kapal membuat hal 'delay' dan aku terpaksa kerja sehingga ke pagi ..aku lihat ada puluhan 'miss call' yang ditinggalkan oleh makcik.."makcik risau..ingatkan jadi apa-apa kat anyah'..itu jawapannya ketika aku menelefonnya..terus tindakan drastik aku lakukan..sekiranya ada jer timbul perkara yang tidak kena ditempat kerja pasti aku akan maklumkan kepada mereka ataupun sms sahaja..moga mereka tidak gusar dengan keadaanku..Itu hanya sebahagian kenangan yang aku ingat ketika menjadi 'keluarga' mereka..masih banyak benda-perkara yang sentiasa berlegar-legar difikiran sehingga kini.
Nak-nak aku tinggal disitu sehingga aku berkahwin..hampir enam tahun..tentu ada seribu macam cerita yang ingin aku kongsikan dengan semua..tentang kebaikannya,masakannya yang terbaik,keperihatiannya kepadaku...kasih-sayangnya...
         Cuma aku mudah lupa walaupun ada juga suamiku mengingatkan agar aku pergi menjenguknya..ialah kengkangan masa dan ada pulak 'keluarga besar' yang aku beri lebih perhatian menyebabkan aku banyak menyesal..kekadang itu kurasakan bagaikan alasan sahaja namun nasi pun dah jadi bubur..teringat lagi dia ada berkata.."datanglah nyah..bila ko balik siliau tu..datang kat sini.."...emmm... Al-fatihah sahaja yang mampu aku sedekahkan..moga rohnya dirahmati..
          Aku pasti kerinduaan kepada mereka yang telah tiada sangat berbeza dengan putus kasih..walaupun putus dapat juga bersua kalau ada masalah..emmm.. harapan agar pakcik..hendaknya setabah dan semangat meneruskan hidup.. Ira..Rahim n Anor..teruskan hidup..bantu sesama sendiri untuk jadi kuat,semangat dan bahagia agar ayah pun mampu tersenyum dan bangga dengan anak-anak..
         Kepada Syikin,sepupuku yang juga kehilangan bondanya..(Induk Caa)..tabah juga hadapi dugaan mendatang..kuatkan semangat juang..moga gengamaan diploma nanti akan membanggakan ibu..walaupun dia telah tiada..
         Kekosongan yang aku rasakan sekarang ini membuatkan aku lebih menghargai orang disekelilingku..hidupku..aku harus kuat untuk mereka..optimis dan positif..bahagia dan membahagiakan..moga kita semua sabar dan tempuhi hari-hari mendatang dengan senyuman..bahawa hidup perlu diteruskan..mendung kan berlalu..walaupun mengambil masa..mungkin petang..malam..keesokkannya..dan pastinya matahari tetap bersinar..memberikan harapan dan keceriaan..hanya kita sahaja yang perlu membuat pilihan..untuk terus hidup dalam kegelapan atau berlari keluar mencari cahaya...

Thursday, April 19, 2012

Intan payung

            Muhammad Muaz bin Zakri..lahir ke dunia pada 19.4.2006..ketika mama menghadapi saat-saat sukar dalam hidup..antara percaya dan tidak kesakitan yang mama rasa ketika itu nikmatnya terasa sampai sekarang..ketika nurse itu menghulurkan tubuh kecil  yang masih berdarah dan tangisan yang sangat halus suaranya membuatkan mama memandang sayu sambil dalam hati mengucapkan syukur kerana dia sangat sempurna..tiada cacat celanya..mama masih dalam kesakitan dan lemah..
            Ketika dia dalam dakapan sentiasa mama disisi..melayani kerenahnya yang memenatkan..dan mama masih menghadapi saat-saat sukar dalam hidup tapi semua itu mampu ditangani dengan kesabaran..Sabar seorang suami dan kami mampu harungi dugaan itu...'Keluarga besar' kami banyak mengajar bahawa hidup perlu banyak menerima kekurangan dan gembira dengan kelebihan.Yang kita perlu saling melengkapi..

           Kini enam tahun berlalu..Muaz membesar di hadapan mata tetap dengan kerenah manjanya dan kadang-kala memeningkan kepala..dialah kesayangan..pengubat segala rasa..mama masih perlu memperbaiki diri..muhasabah..mencari kekurangan dan memperbetulkan..mama sentiasa menyayangimu..tiada apa yang mampu mengantikan dirimu..walaupun berbilion wang yang dihulurkan..jadilah anak mama yang seadanya..mama terima segala kekurangan dan kelebihanmu...terbanglah tinggi dan capailah segala impianmu..mama disisi selalu..sentiasa..love you..always...

Wednesday, April 18, 2012

Alone

           Sendirian...alone...kadang-kala perlu juga berjauhan untuk rasa lebih rindu..lebih sayang..makin cinta..
Bercambahnya rasa itu akan membuatkan kita lebih menghargai kehidupan..Hidup lebih bermakna...Cubalah dan rasainya..Walaupun ada juga rasa nakal yang wujud dalam fikiran..Betul ke dia pergi kerana desakan perkerjaannya ataupun mengedik-gedik sahaja..haha..

           Alone...menghadapi hari-hari sendirian kadang-kala terasa juga kekosongan..hanya 'kata-kata' peneman setia...suara pula pengubat jiwa..Sendirian tanpa kata-kata...sunyi..setiap saat dan minit berlalu begitu lama..Siapakah yang sudi menemani ketika ketiadaannya?...Akan ku tunggu kepulangannya..Dia pasti kembali..

         

Saturday, April 7, 2012

Nothing on you...

             Hari nie aku belajar banyak benda...bukan hanya daripada sudut psikologinya..karmanya malahan persaudaraannya..bukan mudah untuk kita menerima sesuatu yang agak mengejutkan malahan keberanian untuk bertindak apabila kita menghadapi sesuatu situasi itu.Aku suka apabila kita BERANI menepis apa saja yang datang namun haruslah waspada dalam segala tindakan dan perlu untuk menerima kirtikan dan seharusnya kita BERANI untuk mengambilnya daripada sudut positifnya pula..
              Aku masih 'muda' dan kurang matang dalam menilai dari pelbagai sudut...tersurat dan tersirat..malah aku inginkan sesuatu kejadian itu berakhir dalam keadaan aman...terluka dan sembuh..sebagaimana tulang yang patah disambung kembali...bak kata pepatah..ambil yang jernih..yang keruh buang jauh-jauh...win-win situasi...kalah tidak menang pun bukan...                            
             Aku pernah menghadapinya dan aku tahu walaupun aku menang tapi aku tetap kalah dalam menanganinya...daripada sudut psikologinya ia amat memakan masa untuk sembuh..Masa akan menyembuhkannya..cepat atau lambat saja dan kita harus ambil langkah  BERANI untuk lupakan peristiwa itu..lupakan walaupun tidak sepenuhnya ...kadang-kala memori itu tetap datang,,berlegar-legar..sekali lagi kita  harus BERANI menepisnya..          
              Yang terluka pasti akan sembuh..aku percaya..dan aku yakin semuanya akan bermula kembali..hanya masa yang menentukan..apa-apapun pembelajaran hari ini sangat mengujakan..aku yakin ia akan mengeratkan lagi silaturahim antara kita semua..walaupun apa saja yang akan datang selepas ini..kita akan BERANI menepisnya..tunggu dan lihat sahaja...

Saturday, March 24, 2012

saje singgah

              Assalamualaikum..aku baik..tidak ada apa yg merunsingkan...hari-hari yg aku lalui penuh dengan harapan yg setiap hari aku dambakan..mampukah aku menjalankan tanggungjawabku seperti biasa?..walaupun sebagai surirumah sahaja..yang ramai ibu-ibu yg berkerja selalu berkata..alah duk rumah jer kan..bukan buat apa-apa..sinis dan menyakitkan..yg aku selalu pandang enteng jer bile mereka berkata..siapa mereka untuk menilai seorang surirumah itu?...walaupun hanya suri di mata suami dan anak-anak yg kadang -kala mereka pun tidak nampak sangat kewujudan...haha...walaupun ku hanya suri tapi aku jua mempunyai impian dan harapan untuk menjadi seseorang ibu,kawan,pencinta,penyayang dan anak yg baik..dan menjadi orang yg baik disekeliling mata yg memandang...ayuh aku mampu lakukan...yg terbaik ...aku tahu aku mampu..