Malangnya aku ketika ini.Langsung tidak dijawapnya panggilan.Aku buntu.
'mana dia nie...cedera ke dia...'
Malam itu berlalu pergi dengan keluhan dan diselang resah.Allah panjangkan nyawanya..aku masih perlukannya.
Pagi itu dia bangun dengan langkah longainya mencari kembali kekuatan yang sangat-sangat diperlukan ketika ini.Diambilnya telefon yang dibiarkan di atas meja.Jari-jemarinya menari-nari menekan kekunci.Hampa.
" Hani...sabarlah...biar dia bertenang dulu.." Dia senyap..bungkam.
"Hampir dua minggu dah kak..Hani rasa macam nak mati.." Perlahan tapi masih mampu di dengar lagi.Sidah sebak.Dugaan apa yang kau hadapi ini.Ada orang lainkah Ash tu?.
Mesej yang baru muncul itu dibeleknya..Allah dugaan apa yang aku hadapi ini.Inikah yang dia maksudkan selama ini.Beginikah pengakhirannya?.Namun tiada pula air matanya mengalir ketika ini.Pasrahkah dia?.
"Hani..maafkan auntie...nampaknya ini yang dia inginkan.Auntie ikutkan aje.Dia kata takde apa-apa masalah tapi macam dia..entahlah.." Aku hanya diamkan saja.Telefon itu ditatapkan saja.Bagaikan mencari jawapan sendiri.Kalau ini yang dia inginkan aku perlu teruskan hidup.Deringan demi deringan tidak disahutnya.Biarlah dulu.
"Hani" Esakannya menyakitkan hati namun tidak pula dia pula menangis sama.Aku dah gila ke?.
"Dahlah akak..mungkin jodoh saya dengan dia memang takde". Dipujuk kakak Sidah tu.Esakan kak Sidah sudah perlahan dan makin perlahan.Dia bangun lalu ke dapur memanaskan air.Air untuk menenangkan hati dan perasaan ketika ini.Nescafe 3 in 1 tu dimasukan ke dalam dua mug dan menuang air panas.Aromanya sahaja dah menenangkan jiwa.Diberikan kepada kak Sidah.Kak Sidah menyambutnya dengan senyuman.
"Hani okey?" Aku senyum memberikan jawapan.Aku benar-benar tenang ketika ini.Aku rasa sudah boleh menerima hakikat.Lama aku fikirkannya.Dia memang mahu akhirinya,aku yang tidak mahu sampai perasaan cinta tiada lagi dihatinya.Sampaikan tiga tahun kami bertunang.
"Inilah sebaik-baiknya kak." Aku senyum lagi.
Sebulan sudah berlalu.Hani meneruskan kehidupannya sebaik-baiknya.Jika dulu nak ke mana-mana atau nak buat apa saja mesti di beritahu tunangnya.Sekarang dia yang menentukan rentak..langkah hidup.Apa saja yang dia inginkan,dilakukan tanpa memikirkan apa-apa.Kak Sidah sentiasa ada di sisi.Ke mana saja mereka mesti berdua.
"Ini akak kenalkan Irham.Yang selalu akak bagitau tu" Senyum kak Sidah lebar.
Aku hanya mmberikan senyuman tanda perkenalan.
"Hai..Hani.."Irham memperkenalkan diri.
Kami bercadang menonton wayang hari ini.Aku berlagak biasa.Tiada perasaan.Kosong..meneruskan rentak yang diinginkan kak Sidah.Agar tidak dia berkecil hati.Sesekali aku bersuara.Ketawa menunjukan riak aku juga manusia biasa yang mampu menangani situasi ini sebaik mungkin.Irham nampak baik orangnya.Orangnya berbadan biasa.Tidak terlalu tegap namun tidaklah terlalu kurus.Sederhana orangnya.Berbanding dia dengan Ash,dia menyenangkan.Mungkin aku terlalu mengenali Ash sehinggakan dia dengan aku kadang-kala berperangai acuh tak acuh aje.Kalau kami keluar ke mana-mana pun,dia banyak menghabiskan masa dengan telefon.Anti-sosial.Kami langsung tidak berkomunikasi akhir-akhir perhubungan kami.Bukan aku tidak mencuba.Pelbagai kaedah yang aku lakukan namun dia seakan tepu dengan aku.Emmm...
"Hani...saya gembira berkenalan dengan awak.Kalau awak setuju bolehlah kita jumpa lagi ya".Formal dia berkata dan nampak gentlemannya.Aku senyum.Tak tahu jawapan apa yang harus aku berikan.Nampak kak Sidah berbisik-bisik dengannya.Dia angguk-anggukkan kepalanya.Hani turun dari kereta dan menundukkan kepala.
"Terima kasih awak.Kak,nanti jumpa".
Hari berikutnya berlalu pantas.Kak Sidah agak mendesak menyuruhnya keluar dengan Irham dan akhirnya dia mengalah.Apa salahnya dia berjumpa sedangkan dia tidak mempunyai sesiapa sekarang ini.Kami akhirnya membuat keputusan untuk berjumpa di shopping mall sahaja.Shopping mall ini agak terkenal di ibu kota malah aku membawa kereta sendiri.Kataku tidak mahu menyusahkan dia.
Dari jauh sudah kulihat dia yang agak kacak di hadapanku.T-shirt yang mengikut bentuk badan dan hanya mengenakan jean biru menarik perhatianku.Aku pula hanya mengenakan blaus labuh berwarna biru.Agak sedondon kami hari ini.Dia melembarkan senyuman.Baru ku nampak dia mempunyai lesung pipi yang agak cute.kami berbalas senyuman.
"Shall we.." Kami memulakan langkah dan nampaknya kami melangkah seiringan.Aku tenang.Jarang aku berasakan perasaan setenang ini.Mungkin aku tidak terlalu berharapkan apa-apa.Just go with the flow.
Kami mengambil keputusan untuk berhenti disebuah cafe yang berdekatan.Dia kelihatan tenang bagai tahu apa yang dilakukan.Tidak seperti aku dan Ash berjumpa dulu.Ash agak cerekap orangnya.Nervous sentiasa.Apa saja yang dilakukan mengundang ketawa tapi mamat di hadapan aku ini,seakan sudah biasa melayan wanita dengan baik or sebelum ini dia memang mempunyai wanita-wanita yang ramai untuk di layan.Playboykah dia?.
'Hissh..tak mungkin kot..Kak Sidah kot yang kenalkan..Takkanlah nak kenalkan aku dengan lelaki yang bukan-bukan kot' Terdetik hatinya ketika itu.
Bicara kami biasa saja.Dia mempunyai adik-beradik yang ramai.Seramai enam orang.Anak yang ke lima dan mempunyai dua abang dan dua orang kakak di atasnya manakala yang bongsu lelaki sepertinya.Dari gaya percakapannya,dia rapat dengan keluarganya dan hubungan dengan kak Sidah adalah kenalan Univerisiti,ketika dia menjadi junior di situ.Malahan dia yang beria-ia mahu berkenalan denganku setelah kak Sidah asyik bercerita mengenaiku.Kak Sidah...
"Awak pulak". Aku menjengkelkan mata dan senyuman.
"Giliran awaklah pulak".
"Saya hanya ada ibu saja.Ayah dah meninggal ketika saya limabelas tahun.Ibu seorang cikgu dan saya hanya ada tiga orang adik beradik.Saya anak ke dua.kami semua perempuan.Emmm...Akak saya dah kahwin,baru setahun dan sepatutnya saya pun.."
Irham hanya tersenyum dan membalas..
"Lepas nie giliran kita pulak lah yae". Guraunya.Aku agak tergamam ketika itu namun ku tutupi dengan ketawa.Besar.Dia memang menyenangkan.
Sepanjang perkenalan kami hari ini,aku benar-benar menyukai segala personalitinya.Gaya dia ketika berbicara.Sangat tersusun kata-katanya,agaknya dia sentiasa berfikir dahulu baru berbicara.Aku ketawa setiap kali dia membuat lawak.Mungkin kerjayanya sebagai pegawai komunikasi dan pemasaran membuatkan dia sangat-sangat natural.Dan yang paling indah kini kami berjanji untuk berjumpa lagi.
Ketika dia pulang ke rumah ibunya,dia melihat bunga-bunga yang ibu tanam bertambah mekar dan berwarna-warni.Adakah seperti hatinya kini yang sedang berbunga dan mekar kembali?.Dia mampu melupakan insan yang bernama Ashraf itu malahan segala yang terbentang dihadapannya bagaikan cahaya dan berwarna-warni.Dunianya indah kini.
"Ibu senang tengok Hani sekarang nie,tapi ibu nak bagi sesuatu.Hani takkan apa-apa ya".
Aku anggukkan kepala tanda setuju.Aku tahu ini mesti pasal keluarga bekas tunangku.Kami yang memulangkan barang hantaran dahulu namun hampir tiga bulan tiada apa-apa balasan dari pihak sana.Ibu kata halalkan saja.Tak sangka pulak,hari ini mereka memulangkan kembali semuanya.
"Dah tiga hari barang nie sampai.Mak Ash yang datang hantar.Hani..."
Diunjukan bekas berwarna merah itu.
"Nie..dia bagi Hani". Aku mengambilnya tanpa perasaan.Kosong lalu ku buka kotak itu.Ketika itu perasaan marah,rindu,kecewa bercampur- baur.Keliru dengan perasaan itu.Air mataku mengalir perlahan.Cuba untuk menahan namun sukar.Ibu mengusap belakangku dengan perlahan.Wajahnya juga sebak.
Kotak merah yang mengandungi cincin itu ku tatap.Sepi.Apa yang aku kesali dan terkilan di hati adalah dia seolah menolakku dengan kejam.Tiada bicara langsung.Teruk sangatkah aku di matanya.Sebentuk cincin yang pernah menjadi lambang kesetiaan dan percintaan musnah begitu sahaja.Tanpa berbicara juga dia menghenyakku ke lubang gelap yang tak mampu aku hadapi dunia lagi.
"Awak tahu tak yang saya suka awak ketika baru kita jumpa dulu.Walaupun saya banyak dengar kisah awak dari kak Sidah tapi bukan itu yang saya sukakan.Awak adalah awak.Susah saya nak terangkan".
"Simpati mungkin". Aku membalas ketika kami berbicara di telefon.
"Entahlah...Betullah kata orang..dari mata terus ke hati.Tanpa mata kita tak tahu bagaimana agaknya orang tukan.Mata yang membuatkan kita suka atau tak kat orang tu.Dan percayalah saya memang mencari awak.Awak sentiasa muncul dalam mimpi saya". Dia ketawa.Besar.
'lain macam jer bunyinya'.
"Awak...percayalah yang kita mampu beralih kepada hidup baru kalau kita mahu.Awak kena kuat dan percayalah saya akan sentiasa disisi awak tau..percayalah..". Ucapnya yang amat meruntun hatinya.
'percaya.....sukarnya aku nak percaya semua ini.Melupakan dia pun aku sukar inikan pula mulakan hidup baru....'.
Petang yang damai.Aku di balkoni menghadap bangunan yang sedia ada dihadapanku.Kosong hatiku seperti biasa.Aku memikirkan luahan hati kak Sidah tempoh hari.
"Hani..akak rasa Irham betul-betul suka dengan Hani.Hani setuju ya".
"Tapi akak...Hani tak bersedia lagi..biarlah dulu".
Kenapa dia beria-ia nak mengikat aku.Aku bukan ke mana-mana. Kenapa ketika kami berbual langsung tidak dia sendiri yang menanya sendiri kepadaku.Kenapa mesti menggunakan kak Sidah .Malam itu aku yang menelefon untuk berjumpa dengan Irham.Menanya sendiri kepadanya.
"Awak marah?" soalnya
Aku diam.
"Hani..saya minta maaf..saya tak sepatutnya gunakan kak Sidah..tapi awak pun tahu yang saya tak nak awak terbeban dengan semua nie..."
"Tapi awak juga cakap yang awak akan ada di sisi saya...awak akan bagi saya masa kan.Saya tak bersedia lagi.Saya minta maaf." Aku membalas.
Lama Irham tidak menghubunginya malah aku langsung tidak juga mencuba menghubunginya.Aku membiarkan sahaja.Tapi aku betul-betul merinduinya.Perasaan rindu itu datang tanpa di undang.Dia sangat-sangat mengambil berat.Mana hilangnya dia.Adakah dia juga umpama angin yang berlalu pergi ketika aku perlu hembusannya yang lembut dan menenangkan itu.
Ketika itulah dia muncul ketika aku bersiap-siap untuk pulang ke rumah usai kerjaku .Dari jauh sudah aku lihat senyumannya.Ikhlas.Seperti biasa dan lesung pipi yang dalam ketika itu menghapuskan rinduku.Aku melemparkan senyuman paling manis untuknya,agar dia juga akan menghapuskan rindunya pada aku.
"Rindu saya tak?. Soalnya.Aku senyum.Malu.
"Saya ingat adalah orang tu nak pujuk-pujuk kita...Emmm". Dia mencembekkan mukanya.Aku ketawa.Senyum.Malu.
"Saya rindukan awak...sangat-sangat..Amat". Hembusan nafas lembutnya terasa dipipi ketika dia bercakap hampir denganku.Aku tunduk malu.Tapi ketika itu aku berasa amat gembira dan bahagia.Perasaan bahagia aku bercambah kembali.
'Ya Tuhan...perasaan aku masih belum mati lagi..perasaan ini masih ada rupanya.Bahagiakah aku?...
Monday, January 6, 2014
Demi Masa...
Tahun baru sudah pun menjelma...2014...sudah enam hari berlalu..Namun aku masih tidak merasakan apa-apa..aku membiarkan saja masa menguasaiku..aku membiarkan masa mengambil hidupku..aku membiarkan segala-gala mengikut arus masa..aku membiarkan hidup aku mati dalam masa...masa yang sukar aku kejar dengan sendiri..aku biarkan ia berlalu..demi masa aku hidup betul-betul dalam kerugian..
Demi masa juga aku hidup lagi..mati dan tetap hidup...aku lalui segalanya dengan redha..pasrah...aku lalui kerana aku masih ada keberanian.. namun aku invisble..tidak ketara ..tiada dalam ruang aku untuk mereka..maka aku invisble...
Dan tahun baru ini aku akan laluinya dengan harapan...esok masih ada...esok kita punya...esok tetap ada bila kita masih hidup dan bernafas..esok walaupun mendung akan aku teruskan hidup...mengharapkan kembali suria ...sabar dan menanti...esok masih aku disini..memulakan kembali hari yang makin berlalu...walaupun tidak boleh di undur masa itu,esok masih aku impikan yang manis..indah...
Demi masa juga aku hidup lagi..mati dan tetap hidup...aku lalui segalanya dengan redha..pasrah...aku lalui kerana aku masih ada keberanian.. namun aku invisble..tidak ketara ..tiada dalam ruang aku untuk mereka..maka aku invisble...
Dan tahun baru ini aku akan laluinya dengan harapan...esok masih ada...esok kita punya...esok tetap ada bila kita masih hidup dan bernafas..esok walaupun mendung akan aku teruskan hidup...mengharapkan kembali suria ...sabar dan menanti...esok masih aku disini..memulakan kembali hari yang makin berlalu...walaupun tidak boleh di undur masa itu,esok masih aku impikan yang manis..indah...
Subscribe to:
Posts (Atom)