Aku pulang...tiada kesal...kecewa ..semua sudah ku buang jauh..Aku pulang kerana aku sudah bersedia menerima apa sahaja yang datang padaku...buruk ataupun baik...langkah ku jitu..penuh semangat..walaupun agak goyang..aku kuatkan langkah ke depan tanpa putus harapan..
Aku pulang dengan hati yang girang..menunjukkan aku juga seorang pejuang..walaupun senjata sudah ku sorokkan...aku mampu menentangnya dengan hati yang kuat...semangat puas sudah aku gulungkan berapa kali..agar ia tidak mudah rapuh..
Aku pulang tanpa dendam...dan aku terima kekalahanku...aku mengambil satu langkah ke belakang membetulkan yang kusut..membawa yang terurai..walaupun tidak sepenuhnya..aku cuba...
Aku cuba sedaya upaya aku...cuba menahan kesakitan...sakit yang sama-sama kita rasa...
Aku pulang..ajarlah aku kembali erti bahagia..walaupun kita sama-sama rasa derita...
Aku pulang tanpa sekali-kali rasa dendam..sekali lagi aku terima kekalahan aku..Aku pulang dengan harapan menggunung..terima kembali aku...jangan putus harap dengan aku...seperti mana aku dengan semua...harapan aku untuk semua...yang air yang dicincang tidak akan senang-lenang putus..pandanglah juga aku...mengertilah juga aku...
No comments:
Post a Comment