Ketika bingkisan ini dicoretkan..mereka telah pun kembali ke Rahmatullah..kehilangan mereka sehingga kini masih terasa..
Sewaktu umat islam masih lagi meraikan syawal dengan gembiranya,kami sekeluarga kehilangan dua org makcik..adik ipar dan adik kepada ayahku..walaupun induk Caa..panggilan kepada adik ayah tidaklah serapat aku dengan makcik namun terasa jua..ialah darah daging ayahku..aku berkesempatan memandikan jenazah..ibadahku kepada induk Caa..Al-fatihah untuknya.
Kenangan aku dengan Induk Caa tidaklah sebanyak mana jika dibandingkan dengan makcik..
Ketika mendapat perkhabaran makcikku dimasukkan ke hospital,kegusaranku tidaklah keterlaluan namun suara pakcik yang sayu kedengaran membuatkan aku ketika itu mahu terbang melihatkan keadaan makcik disana..Sesayu dan tidak ku sangka keadaannya sebegitu rupa yang aku tidak boleh ungkapkan oleh kata-kata..sehinggakan pakcik bertanya.."macammana anyah..anyah tengok makcik"..aku diam dan buntu memikirkan jawapan apa yang harus aku berikan..Kisah itu berlalu begitu sahaja...
Aku menjadi sebahagian keluarga makcik ketika aku berkerja di Klia..kami rapat kerana mereka menerima aku seadanya..makcik,pakcik,Ira,angah Rahim dan yang bongsu Anor..malahan ira ,seusia denganku menyebabkan kami lebih 'in'..makcik umpama ibu manakala pakcik penganti ayah..aku akui aku tidak rapat dengan ayah sebagaimana pakcik..maaf ayah..it's true..mungkin pendekatan mereka yang sangat-sangat memberikan kasih sayang yang melimpah ruah menyebabkan aku jatuh kasih dengan mereka..lagipun aku amat menjaga perlakukanku..almaklumlah aku memang baik.
Aku pernah juga mengikut hati 'muda'ku..nak-nak ada kekasih ketika itu..(puiing!)..dia telah pun menjadi suamiku..aku pulang lewat ke rumah dan mereka sanggup menunggu aku..hanya jelingan yang menjadi amaran..pakcik tidak menegurku sehingga 2 hari..padan mukaku..aku serik untuk keluar malam lagi..hikmahnya..aku terhindar dari gejala kemaksiatan sehinggalah aku berumahtangga.
Makcik penganti ibuku..nampak jer muka.."anyah..ko dah makan?"..(daripada angah menjadi anyah...oppsss..tp bukan mak nyah yae..auwww..)..sehinggalah aku makan barulah lega hatinya..aku pasti mengosongkan perutku hanya untuk menjaga hatinya..baik kan aku..
Aku ingat lagi,ketika berkerja shif malam,kapal membuat hal 'delay' dan aku terpaksa kerja sehingga ke pagi ..aku lihat ada puluhan 'miss call' yang ditinggalkan oleh makcik.."makcik risau..ingatkan jadi apa-apa kat anyah'..itu jawapannya ketika aku menelefonnya..terus tindakan drastik aku lakukan..sekiranya ada jer timbul perkara yang tidak kena ditempat kerja pasti aku akan maklumkan kepada mereka ataupun sms sahaja..moga mereka tidak gusar dengan keadaanku..Itu hanya sebahagian kenangan yang aku ingat ketika menjadi 'keluarga' mereka..masih banyak benda-perkara yang sentiasa berlegar-legar difikiran sehingga kini.
Nak-nak aku tinggal disitu sehingga aku berkahwin..hampir enam tahun..tentu ada seribu macam cerita yang ingin aku kongsikan dengan semua..tentang kebaikannya,masakannya yang terbaik,keperihatiannya kepadaku...kasih-sayangnya...
Cuma aku mudah lupa walaupun ada juga suamiku mengingatkan agar aku pergi menjenguknya..ialah kengkangan masa dan ada pulak 'keluarga besar' yang aku beri lebih perhatian menyebabkan aku banyak menyesal..kekadang itu kurasakan bagaikan alasan sahaja namun nasi pun dah jadi bubur..teringat lagi dia ada berkata.."datanglah nyah..bila ko balik siliau tu..datang kat sini.."...emmm... Al-fatihah sahaja yang mampu aku sedekahkan..moga rohnya dirahmati..
Aku pasti kerinduaan kepada mereka yang telah tiada sangat berbeza dengan putus kasih..walaupun putus dapat juga bersua kalau ada masalah..emmm.. harapan agar pakcik..hendaknya setabah dan semangat meneruskan hidup.. Ira..Rahim n Anor..teruskan hidup..bantu sesama sendiri untuk jadi kuat,semangat dan bahagia agar ayah pun mampu tersenyum dan bangga dengan anak-anak..
Kepada Syikin,sepupuku yang juga kehilangan bondanya..(Induk Caa)..tabah juga hadapi dugaan mendatang..kuatkan semangat juang..moga gengamaan diploma nanti akan membanggakan ibu..walaupun dia telah tiada..
Kekosongan yang aku rasakan sekarang ini membuatkan aku lebih menghargai orang disekelilingku..hidupku..aku harus kuat untuk mereka..optimis dan positif..bahagia dan membahagiakan..moga kita semua sabar dan tempuhi hari-hari mendatang dengan senyuman..bahawa hidup perlu diteruskan..mendung kan berlalu..walaupun mengambil masa..mungkin petang..malam..keesokkannya..dan pastinya matahari tetap bersinar..memberikan harapan dan keceriaan..hanya kita sahaja yang perlu membuat pilihan..untuk terus hidup dalam kegelapan atau berlari keluar mencari cahaya...
No comments:
Post a Comment